Rabu, 25 Disember 2013

KEK COKLAT KEJU KUKUS





bahan-bahan : loyang 8x8x3

Lapisan Coklat:
  • 170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
  • 170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - mentega jenama Farmcows pun ok
  • 3 biji telur gred B
  • 220g gula kastor
  • 45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Lapisan Keju:
  • 600g krim keju (pada suhu bilik)
  • 2 biji telur
  • 120g gula kastor
  • 1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
  • 4 sudu makan tepung gandum


Cara membuat :

Lapisan Coklat :

  1. Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan.
  2. Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi.
  3. Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.

Lapisan Keju :

  1. Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
  3. Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.

Cara mengukus :

  1. Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
  2. Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
  3. Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit.
  4. Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
  5. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.

** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum.



Credit to:Dapurku Sayang

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI KELANTAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Apabila bercakap mengenai warisan negeri diseluruh Malaysia, sudah semestinya disetiap negeri itu akan ada sesuatu yang istimewa mengenai negeri tersebut. Di mana, keistimewaan itulah yang akan menjadi simbolik dan suatu tarikan kepada masyarakat sekeliling.

Disetiap negeri diseluruh negara terutamanya negara kita pasti mempunyai sesuatu yang melambangkan keistimewaannya sebagai, contoh di setiap negeri akan ada satu jenis makanan warisan yang hanya terdapat di negeri tersebut itu.

Sebagai contoh, di negeri KELANTAN atau suatu masa dulu juga dikenali sebagai negeri Che Siti Wan Kembang. Di negeri Kelantan ini terdapat satu jenis makanan yang sangat sinonim dengan kegemaran masyarakatnya iaitu “Nasi Kerabu”. Di mana didalam nasi kerabu ini antara bahan yang dimasukkan ialah “budu” dan ia dimakan bersama dengan ulam-ulaman.

Uniknya makanan ini, ialah nasinya berwarna biru dan antara bahan-bahan lain yang dihidang bersama ialah lada sumbat,sambal ikan, isi kelapa yang digerong dan dikisar,dan terdapat beberapa jenis sayuran seperti kubis,timun batang dan tauge.

Pada kebiasaannya, nasi kerabu dimakan bersama pelbagai lauk-pauk antaranya , ialah daging bakar,ayam bakar,ikan yang bersalut tepung dan macam-macam lagi. Ia juga sesuai dijamah pada bila-bila masa sahaja tidak kira siang ataupun malam.


Jadi kepada anda yang tidak pernah merasai keenakan nasi kerabu ini, bolehlah mencubanya sendiri dan sudah pasti ianya tidak akan menghampakan anda semua. Dan kepada mereka yang bercadang untuk pergi ke negeri Kelantan, singgahlah sekejap dimana-mana gerai atau restoran yang ada menyediakan sajian ini untuk mencuba dan menikmati sendiri kelazatan makanan warisan negeri Che Siti Wan Kembang ini. Selamat mencuba!!!!

Credit to:Siti Fatimah bt Che Mohd Saufi